Thursday, February 20, 2014

Review Loopcomm LP-8698SR Smart Wifi Repeater

Tujuan penulisan kali ni ialah untuk memberikan review terhadap produk LP-8698SR Smart Wifi Repeater. Aku tulis review ni semata-mata ingin berkongsi pengalaman aku menggunakan benda ni memandangkan susah nak jumpa review alat ni di internet. Sebelum beli aku dah google untuk review ( bimbang jugak nanti alat ni indah khabar dari rupa) tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya aku buat keputusan beli la jugak sebab bila fikir, kalau tak cuba tak tau. Oh ya, bagi sesiapa yang tak tahu fungsi alat ni bolehlah cuba tanya En. Google.

Loopcoom Wifi Repeater

Aku beli alat ni melalui jualan online dengan harga RM180 dan RM6.00 kos Poslaju. Penjual alat ni aku kira boleh dipercayai dan tempoh penghantaran cukup cepat iaitu dalam tempoh 24 jam. Setelah benda ni sampai, aku baca manual dia dulu dan buat kesimpulan benda ni sangat mudah untuk kita setup. Untuk memastikan alat ni berfungsi dengan baik, liputan wifi mestilah dalam 75% ke atas. 



Setelah selesai setup, aku dapati alat ni memang benar-benar indah khabar dari rupa. Untuk dapatkan liputan  wifi 75%, jarak efektif yang diperlukan ialah kurang 10 meter dari modem wifi asal. Prestasi alat ni sangat tidak memuaskan hati aku. Signalking 999 yang sedia ada milik aku lebih baik prestasinya jika dibandingkan dengan repeater ni. Masalah kedua timbul apabila tak sampai sejam alat ni dihidupkan. Power adapter pula tiba-tiba rosak. Terpaksa guna power adapter yang lain. 

Lain-lain masalah yang timbul kemudian (tak tahu sebab rosak atau apa) ialah komputer Windows 7 (2 buah komputer) gagal untuk mengesan wifi repeater ni. Perkara ni terjadi selepas aku reset alat ni. 

Kesimpulanya, alat ni tidak berbaloi dibeli. Harga yang mahal tetapi prestasi amat mengecewakan. 



Tuesday, March 19, 2013

Melayu Terselamat Dari Bom Atom Hiroshima

Pada 1945 Encik Abdul Razak Hamid menerima berita kejayaannya melanjutkan pelajaran ke Hiroshima, Jepun dengan gembira. Tetapi kegembiraan itu cuma sementara. Dia adalah satu-satunya orang Melayu yang terselamat daripada ledakkan bom atom di bandar itu. K. SUTHAKAR mewawancara beliau untuk sama-sama kita tatapi pengalamannya.


Bagi Encik Abdul Razak Hamid, kejayaannya melanjutkan pelajaran ke Jepun adalah satu tuah. Pemergiannya ke Hiroshima untuk mempelajari bahasa Jepun dan mengikuti kursus pendidikan menjadi kebanggaan ibu bapa dan penduduk kampungnya.

Tapi, kegembiraannya bertukar cemas kerana waktu itu - Ogos 1945, bahang Perang Dunia Kedua masih terasa. Sebutir bom atom memusnahkan sebahagian besar bumi Hiroshima hingga menjadi padang jarak padang terkukur.

Abdul Razak dan dua rakannya, Nik Yusof dari Kelantan dan Syed Omar dari Johor tetap tabah menghadapi dugaan sambil berdoa supaya mereka selamat belajar dan dapat pulang untuk berbakti kepada tanahair tercinta.

Pada 6 Ogos tahun itu, kira-kira jam 8.30 pagi, Abdul Razak sedang mengikuti kuliah matematik di Universiti Hiroshima. Rakannya ada di asrama ketika itu. "Sebaik saja guru saya Kiyoshi Toda memulakan kelas, saya melihat cahaya seperti kilat meluncur laju. Serentak itu, terdengar bunyi seperti halilintar membelah bumi."

Pada saat itu, dia mendengar jeritan meminta tolong di sana sini. "Saya tidak tahu apa yang harus saya buat kerana tiba-tiba saya terperangkap di bawah timbunan bangunan yang diranap oleh gegaran letupan bom atom.

"Kepala saya sakit dan pedih. Darah mengalir membasahi muka. Saya kuatkan semangat untuk melepaskan diri," katanya.

Di celah-celah runtuhan bangunan, Razak ternampak cahaya penunjuk jalan. Dia menguatkan tenaga untuk merangkak keluar

Di celah-celah runtuhan bangunan itu, Razak ternampak cahaya sebagai penunjuk jalan keluar. Dia menguatkan tenaga untuk merangkak keluar. Pemandangan di luar sungguh memeranjat dan mengerikan seperti negeri di langgar geroda.

"Saya lihat mayat bergelimpangan di sana-sini. Kulit badan mereka mengelupas seperti udang dibakar kerana terkena bahan radioaktif. Muka mereka bengkak, lebam dan hangus hingga sukar menentukan jantinanya. Sungguh mengerikan," katanya.

Waktu itu Razak kepanasan dan dia terdengar bisikan suara supaya terjun ke dalam sungai berhampiran. "Saya terus merangkak cepat ke tebing sungai. Angin kuat dan minyak di permukaan air menjadikan sungai itu turut terbakar.

Terjun"Saya terpaksa menyelam selama yang boleh. Sesekali mengambil nafas di permukaan air, saya melihat mayat manusia terdampar di tebing dan di permukaan air. Jika tidak silap, enam jam saya berendam dalam air dan tiada siapa yang datang menolong," katanya.

Haji Abdul Razak, 63 adalah rakyat Malaysia tunggal yang terselamat daripada peristiwa letupan bom atom yang mengorbankan puluhan ribu jiwa. Beliau masih ingat detik-detik yang hampir meragut nyawanya walaupun peristiwa itu sudah 43 tahun berlalu.

Beliau yang kini bertugas sebagai Penyelaras dan Guru Intensif Bahasa Jepun dalam program Dasar Pandang Ke Timur Jabatan Perkhidmatan Awam tidak terkejut apabila ibu bapanya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menyangka beliau terkorban dalam kejadian itu hingga sudah mengadakan kenduri arwah.

Beliau juga mengakui dua rakannya turut terkorban hingga pemerintah Jepun terpaksa mengebumikan mayat mereka tanpa secara Islam.

"Saya sifatkan peristiwa itu sebagai mati hidup semula, lebih-lebih lagi ketika saya melihat mayat bergelimpangan di sana-sini," katanya

Sebelum melanjutkan pelajaran ke Jepun, Haji Abdul Razak menjadi guru pelatih di Sekolah Menengah Hulu Klang. Tetapi apabila perang meletus dan tentera Jepun mula memasuki negara ini pada 1941, beliau terpaksa berhenti.

Tentera Jepun mewajibkan semua guru mempelajari bahasa Jepun dengan harapan satu hari nanti bahasa perantaraan sekolah bertukar daripada Inggeris kepada Jepun. Beliau turut terpilih mengikuti kursus bahasa Jepun selama tiga bulan.

Selepas kursus, beliau dilantik sebagai pegawai pelajaran Bahasa Jepun dan diminta menyusun sukatan pelajaran untuk sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Kerana kefasihannya berbahasa Jepun, beliau mengikuti kursus di beberapa tempat. Pada 1943, beliau berlepas ke Tokyo bersama tiga lelaki lain termasuk (Tan Sri) Eusoffe Abdool Kader dan Syed Omar dari Johor dengan kapal laut dari Singapura.

Di Jepun, beliau berkenalan dengan Pangeran Yusof dari Brunei. Mereka selalu melihat kapal perang pengebom B29 Amerika Syarikat menghujani bandar itu di Jepun.

Pada satu hari, sebuah pesawat Amerika berlegar-legar di angkasa bandar Hiroshima sambil menggugurkan risalah yang bermaksud "Jepun akan hancur lebur jika tidak segera menyerah".

HancurKerana risalah itu, perasaan khuatir, cemas dan tegang mula terbayang di wajah setiap penduduk Hiroshima hinggalah pada hari yang mencemaskan iaitu 6 Ogos 1945 apabila sebutir bom dengan kepanasan mencapai 300,000 darjah Celcius meranapkan sebahagian besar bumi Hiroshima.

"Saya dapati mangsa-mangsa bom yang terkena radioaktif, kulit badan mereka mengelupas seperti udang dibakar. Muka mereka bengkak dan rambut dan pakaian mereka terbakar. Jika ada yang tinggal hanya tali pinggang daripada kulit dan jam tangan sahaja," katanya.

Gambaran itu dilihatnya dengan mata sendiri dan ketika itu barulah beliau sedar betapa besar Kuasa Allah hingga tanpa diduga beliau terselamat daripada malapetaka itu.

Selepas Jepun menyerah, Haji Razak melihat sendiri majlis penyerahan Jepun kepada Amerika. Ramai juga rakyat Jepun membantah dan sesetengahnya sanggup berperang lagi.

Selepas peristiwa itu, beliau dan rakan-rakannya dari negara lain dibenarkan terus belajar di Jepun tetapi tanpa biasiswa. Kerana perbelanjaan tinggi dan tidak mampu, beliau terpaksa pulang ke tanahair melalui Manila dan Singapura.

Pada tahun 1984, Haji Razak sekali lagi diberi peluang mengunjungi Jepun. Kali ini dikendalikan oleh kerajaan yang sedang melaksanakan satu Dasar Pandang Ke Timur. Beliau mengikuti kursus lanjutan bahasa Jepun di Universiti Waseda dan tempat lamanya iaitu Universiti Hiroshima.

Kesan"Sebaik sahaja tiba di Tokyo, saya diberi sambutan seperti orang kenamaan. Media masa Jepun mahu mewawancara saya mengenai peristiwa silam pada tahun 1945," katanya.

Sewaktu ditemuduga secara langsung oleh sebuah syarikat televisyen Jepun, dua kakak seorang wanita yang ditolongnya pada 1945 tiba-tiba meluru masuk dan meratapi kematian adik mereka.

"Saya masih ingat wanita yang saya tolong itu bernama Sumida tetapi dia meninggal dunia sebulan kemudian kerana kesan radioaktif dalam badannya," kata Haji Razak lagi.

Beliau juga terkejut melihat sebuah batu peringatan yang dibina sempena kematian rakannya Nik Yusof. Tanda peringatan itu dibina oleh Prof Toda, kini berusia 82 tahun.

Jenazah Nik Yusof tidak dapat dikesan tetapi menurut Prof Toda, dia menjumpai tiga bungkusan tulang yang dilonggokkan di tepi jalan. Satu daripadanya ditulis Nik Yusof.

Prof Toda meminta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan jenazah itu mengikut cara Islam tetapi beliau berterima kasih kerana usahanya. 


'Hiroshima Ranap di Dapan Matanya'
Berita Harian, 1988
Oleh:K. Suthakar

Thursday, July 5, 2012

Taksubkah Kita?


Semasa pulang dari sekolah tadi aku terpandangkan sebuah kereta Proton Saga BLM yang dilekatkan pelekat sorang Tuan Guru yang amat popular di kalangan penyokong satu parti politik tanah air. Saiz pelekat berbentuk potret tokoh tersebut lebih kurang 1/3 cermin keretanya. Pelekat tersebut ditampal di bahagian tengah cermin belakangya.

Sambil mengekori kereta tersebut aku tertanya pada diri. Adakah kerana pemandu tersebut taksub atau sekadar menghormati tokoh politik ini. Atau adakah hanya suka-suka sekadar nak menunjukkan bahawa dia seorang penyokong fanatik parti politik?

Aku terfikir lagi, tak berdosakah si pemandu tersebut melekatkan potret tersebut kerana seolah-olah terlalu mengagung-agungkan tokoh tersebut? Alangkah baiknya jika pemandu ini lekatkan pelekat kalimat Muhammad S.A.W di keretanya sebagai tanda kasih dan sayang kepada Rasullullah S.A.W. Sebagai tanda bahawa beliau ialah umat Nabi akhir zaman.

Sunday, June 19, 2011

Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Gerhana bulan adalah salah satu bukti kekuasaan Allah. Mari sama-sama saksikan...

Sunday, May 1, 2011

Bukit Charas dan Sungai Kuantan

Kebelakangan ni Kuantan kerap disebut-sebut dalam akhbar dan jugak televisyen. Isu kilang tanah jarang yang akan dibuka syarikat dari Australia ni cukup hangat di kalangan warga Kuantan. Sebenarnya kilang tu dah lama dah mula dibina, tapi kebelakangan ni makin panas pulak. Aku tak naklah komen sangat pasal isu tu sebab aku malas nak masukan isu-isu yang berkaitan politik ni.

Apa yang aku nak kongsi pada tulisan kali ni ialah tentang dua gambar yang aku ambil dari kamera Nokia C6 aku.
 Gua Charas di Kuantan

Ni gambar yang aku ambil semasa aku balik dari dusun durian orang tua aku. Kebetulan pihak estet tengah bersihkan ladang kelapa sawit diorang maka dapat la lihat pemandangan ni dengan jelas. Sebelum ni susah sikit nak lihat Bukit Charas ni sebab dilindungi dengan pokok kelapa sawit. Gua di bukit ni cukup popular di kalangan pelancong Cina dan India sebab telah dijadikan tempat ibadat penganut agama Buddha.  Mengikut cerita mak aku, di bukit ni terdapat banyak gua. Terdapat pelbagai bentuk batu-batu yang unik dalam gua ni antaranya batu yang berbentuk gajah dan orang yang sedang sujud. Aku tak berkesempatan  masuk ke Gua Charas walaupun kerap lalu-lalang depan bukit ni.

Sungai Kuantan
Gambar ni pulak aku ambil semasa bersantai bersama keluarga di Taman Esplanade (orang Kuantan panggil Benteng). Tak ada apa-apa yang menarik pasal Sungai Kuantan ni kecuali airnya yang berbau busuk serta sampah-sarap yang hanyut. Dulu, masa berumur lebih kurang umur 10 tahun, aku selalu ikut abah aku memancing di sungai ni. Banyak ikan mahal yang boleh kita dapat masa tu. Tapi sekarang dah tak banyak ikan. Tiap kali aku datang ke sini aku akan berasa sedih mengenangkan nasib sungai ni. Sungai Kuantan sekarang ni dah jadi saliran kumbahan penduduk Kuantan ke laut. Oh ya, di sungai ni ada banyak buaya tau...

Wednesday, April 6, 2011

Unik Dan Menakjubkan

Kali ni aku nak share satu perkara yang unik dan menakjubkan. Perkara ni aku dapat daripada emel yang dihantar oleh sorang rakan. Aku rasa ada baiknya kita berkongsi. Saling ingat mengingati adalah satu perkara yang baik. Semoga Allah SWT merahmati orang yang menulisnya.

DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau
mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang
panjang
berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati
lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa.....
berjaya sudah
Yahudi.... Hinggakita terfikir..... bagaimana jadinya
radio kalau tanpa
lagu?

2. ...Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex
dimana-mana..di kaca tv,
dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..
kekadang adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada
orang menonton filem
hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris
berbanding filem
U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat
murah...Adakah filem
yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh
Yahudi
laknatullah......

3. ...Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga
dikatakan tidak modern
jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi
budaya bagi mana-
mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to
date"..Dulu yang
merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari
kabaret....( aku
tengok dari filem P Ramlee )....Syabas
yahudi...berjaya lagi kamu....

4. ....Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang
bola sepak pun
perempuan main juga.. .Bila bersukan, tutup aurat
mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain
sahaja tak
sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga
...... Kalau menonton
dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk
GOL....

Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak
kata...kerana sukan..sembahyang
boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..

Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang
melalaikan.... Kalau kita
lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah
hiburan..

termasuklah majalah mangga...yang
menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang
Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke
konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk....
Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat
mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang
tidak ada kena
mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri
kereta....

dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel
beraksi...apa kena
mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan
Modess...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak
lagi.....

7...Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-
macam..sehinggakan kalau pakai
tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung
tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan
rambut lagi
teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut
diwarnakan....Bila warnakan
rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaimana nak
menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah
rambut di
warnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas
pun tak sah sebab
kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira
yang cukur bulu
kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam
Yahudi....

8. .. Food..Makanan..

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari
Barat termasukalah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam
lagi...Buah kurma yang
menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk
rumah pun setahun
sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi
kebanggaan...Bila
makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh
Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak
pergi
check...halal ke tidak? Bila makan benda haram,
masakan iman menjadi
mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai
saja macam
yahudi...tetapi berfikiran pun macam
yahudi...Nauzubillah.....Yahudi
makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah
macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH...........
oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan
kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Wednesday, March 30, 2011

Tarian Poco-Poco Haram


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
- Sumber: Kosmo! Online (30 Mac 2011)


Komen aku.
Memang patut pun tarian poco-poco ni diharamkan. Aku tak nampak faedah tarian ni yang dikatakan untuk sihatkan badan. Tambah dosa ada le... buat cara terbuka, campur laki pompuan dan berseronok-seronok. Yang peliknya, apa hal kita nak import budaya asing dalam kehidupan kita? Kalau nak sihatkan badan, banyak lagi cara yg kita boleh buat macam berkebun ke... dapat le jugak hasil sampingan selain sihat.