Kebelakangan ni Kuantan kerap disebut-sebut dalam akhbar dan jugak televisyen. Isu kilang tanah jarang yang akan dibuka syarikat dari Australia ni cukup hangat di kalangan warga Kuantan. Sebenarnya kilang tu dah lama dah mula dibina, tapi kebelakangan ni makin panas pulak. Aku tak naklah komen sangat pasal isu tu sebab aku malas nak masukan isu-isu yang berkaitan politik ni.
Apa yang aku nak kongsi pada tulisan kali ni ialah tentang dua gambar yang aku ambil dari kamera Nokia C6 aku.
Gua Charas di Kuantan
Ni gambar yang aku ambil semasa aku balik dari dusun durian orang tua aku. Kebetulan pihak estet tengah bersihkan ladang kelapa sawit diorang maka dapat la lihat pemandangan ni dengan jelas. Sebelum ni susah sikit nak lihat Bukit Charas ni sebab dilindungi dengan pokok kelapa sawit. Gua di bukit ni cukup popular di kalangan pelancong Cina dan India sebab telah dijadikan tempat ibadat penganut agama Buddha. Mengikut cerita mak aku, di bukit ni terdapat banyak gua. Terdapat pelbagai bentuk batu-batu yang unik dalam gua ni antaranya batu yang berbentuk gajah dan orang yang sedang sujud. Aku tak berkesempatan masuk ke Gua Charas walaupun kerap lalu-lalang depan bukit ni.
Sungai Kuantan
Gambar ni pulak aku ambil semasa bersantai bersama keluarga di Taman Esplanade (orang Kuantan panggil Benteng). Tak ada apa-apa yang menarik pasal Sungai Kuantan ni kecuali airnya yang berbau busuk serta sampah-sarap yang hanyut. Dulu, masa berumur lebih kurang umur 10 tahun, aku selalu ikut abah aku memancing di sungai ni. Banyak ikan mahal yang boleh kita dapat masa tu. Tapi sekarang dah tak banyak ikan. Tiap kali aku datang ke sini aku akan berasa sedih mengenangkan nasib sungai ni. Sungai Kuantan sekarang ni dah jadi saliran kumbahan penduduk Kuantan ke laut. Oh ya, di sungai ni ada banyak buaya tau...