Thursday, July 5, 2012

Taksubkah Kita?


Semasa pulang dari sekolah tadi aku terpandangkan sebuah kereta Proton Saga BLM yang dilekatkan pelekat sorang Tuan Guru yang amat popular di kalangan penyokong satu parti politik tanah air. Saiz pelekat berbentuk potret tokoh tersebut lebih kurang 1/3 cermin keretanya. Pelekat tersebut ditampal di bahagian tengah cermin belakangya.

Sambil mengekori kereta tersebut aku tertanya pada diri. Adakah kerana pemandu tersebut taksub atau sekadar menghormati tokoh politik ini. Atau adakah hanya suka-suka sekadar nak menunjukkan bahawa dia seorang penyokong fanatik parti politik?

Aku terfikir lagi, tak berdosakah si pemandu tersebut melekatkan potret tersebut kerana seolah-olah terlalu mengagung-agungkan tokoh tersebut? Alangkah baiknya jika pemandu ini lekatkan pelekat kalimat Muhammad S.A.W di keretanya sebagai tanda kasih dan sayang kepada Rasullullah S.A.W. Sebagai tanda bahawa beliau ialah umat Nabi akhir zaman.