Wednesday, March 30, 2011

Tarian Poco-Poco Haram


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
- Sumber: Kosmo! Online (30 Mac 2011)


Komen aku.
Memang patut pun tarian poco-poco ni diharamkan. Aku tak nampak faedah tarian ni yang dikatakan untuk sihatkan badan. Tambah dosa ada le... buat cara terbuka, campur laki pompuan dan berseronok-seronok. Yang peliknya, apa hal kita nak import budaya asing dalam kehidupan kita? Kalau nak sihatkan badan, banyak lagi cara yg kita boleh buat macam berkebun ke... dapat le jugak hasil sampingan selain sihat.

Tuesday, March 22, 2011

Hero Kampung


Malam Sabtu yang lalu, aku berkesempatan menonton Cerekarama di TV3 yang ceritanya bertajuk Hero Kampung. Sebenarnya aku sangat selektif kalau tengok cerita Melayu di TV apatah lagi kalau cerita Indon (langsung tak tengok). Sebabnya banyak sangat cerita yang streotaip, (cinta, dengki, kianat, sedih). Cerita-cerita macam tu bagi aku tak tengok pun takpe. Sebab aku tonton Hero Kampung malam tu kerana Zul Yahya yang berlakon. Aku memang suka tengok cerita-cerita lakonan Zul Yahya... dapat la hilangkan 'tension' bila tengok telatahnya.

Apa yang aku nak cerita kali ni bukanlah pasal sinopsis atau Zul Yahya dalam cerita tu. Sepanjang aku menonton drama tu, aku terperasan satu scene sewaktu Zul Yahya sedang bercakap dengan sorang watak perempuan rakan Su (tak tau nama pelakon tu). Ketika scene tersebut, pelakon tu memakai tshirt berleher luas sehingga mendedahkan 'lurah dendam' beliau. Walaupun 'lurah' pelakon tu terdedah tapi aku tak dapat jugak lihat benda tu sebab TV3 mengambil tindakan proaktif 'menutup' bahagian dadanya.

Di sini, aku nak ucapkan tahniah kepada pihak TV3 kerana alert dalam perkara ni. Kebelakangan ni memang ramai gadis-gadis Melayu (Islam) dah tak tau berpakaian dengan betul mengikut syariat. Sekurang-kurangnya tindakan TV3 tersebut akan menyedarkan artis-artis Melayu kita supaya tak perlulah nak dedahkan tubuh sangat sebab pihak TV akan tutup bahagian-bahagian yang terdedah tu.

Diharap pihak TV3 akan teruskan tindakan tersebut kepada semua rancangan TV yang ditayangkan. Pihak TV perlu memikirkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat khususnya dalam mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa.

Thursday, March 10, 2011

Jaga Aib Saudara Kita

Kali ni aku nak sentuh pasal budaya kongsi (share)  video, audio atau cerita dalam laman sosial terutamanya di Facebook. Boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook (termasuklah aku). Keghairahan menggunakan laman sosial tersebut menyebabkan banyak batas-batas agama dilanggar tanpa disedari (aku pun tak terkecuali...huhuhu).

Kadang-kadang kita seronok share sesuatu yang sensasi dan lucu seperti video-video berkaitan dengan kehidupan orang lain yang tanpa kita sedari video tu memberi aib kepada pelakunya. Cubalah kita renungkan dua hadis di bawah ni:

Wahai sekalian orang yang mengaku islam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari aurat saudaranya sesema muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, nescaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya. [HR. at-Tirmidzi]
 

Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya8.” [HR. Muslim]