Tuesday, March 22, 2011

Hero Kampung


Malam Sabtu yang lalu, aku berkesempatan menonton Cerekarama di TV3 yang ceritanya bertajuk Hero Kampung. Sebenarnya aku sangat selektif kalau tengok cerita Melayu di TV apatah lagi kalau cerita Indon (langsung tak tengok). Sebabnya banyak sangat cerita yang streotaip, (cinta, dengki, kianat, sedih). Cerita-cerita macam tu bagi aku tak tengok pun takpe. Sebab aku tonton Hero Kampung malam tu kerana Zul Yahya yang berlakon. Aku memang suka tengok cerita-cerita lakonan Zul Yahya... dapat la hilangkan 'tension' bila tengok telatahnya.

Apa yang aku nak cerita kali ni bukanlah pasal sinopsis atau Zul Yahya dalam cerita tu. Sepanjang aku menonton drama tu, aku terperasan satu scene sewaktu Zul Yahya sedang bercakap dengan sorang watak perempuan rakan Su (tak tau nama pelakon tu). Ketika scene tersebut, pelakon tu memakai tshirt berleher luas sehingga mendedahkan 'lurah dendam' beliau. Walaupun 'lurah' pelakon tu terdedah tapi aku tak dapat jugak lihat benda tu sebab TV3 mengambil tindakan proaktif 'menutup' bahagian dadanya.

Di sini, aku nak ucapkan tahniah kepada pihak TV3 kerana alert dalam perkara ni. Kebelakangan ni memang ramai gadis-gadis Melayu (Islam) dah tak tau berpakaian dengan betul mengikut syariat. Sekurang-kurangnya tindakan TV3 tersebut akan menyedarkan artis-artis Melayu kita supaya tak perlulah nak dedahkan tubuh sangat sebab pihak TV akan tutup bahagian-bahagian yang terdedah tu.

Diharap pihak TV3 akan teruskan tindakan tersebut kepada semua rancangan TV yang ditayangkan. Pihak TV perlu memikirkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat khususnya dalam mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa.

No comments:

Post a Comment