Lagu yang cukup sedap didengar oleh telingaku sampai ke hati.
Friday, December 31, 2010
Saturday, December 25, 2010
Ada Apa Dengan Sinetron Cinta Dan Anugerah?
Aku tak tau apa yang best sangat dengan sinetron Cinta Dan Anugerah ni. Apa yang aku tau cerita ni berasal dari Indonesia dan seorang artis Malaysia bernama Ashraf Sinclair ada berlakon. Isteri aku suka sangat la tengok cerita ni. Kadang-kadang aku pun terjoin jugak la tengok... tapi dlm 5 hingga 10 minit je. Cerita dia tak ada apa yang istimewa, kisah cinta bersegi-segi dan dengki nak rampas kesenangan hidup orang lain. Tema macam ni memang dah streotaip dengan sinetron Indonesia.
Apa yang aku nak komen pasal cerita ni bukanlah pasal cerita ni best atau apa ending dia. Aku tak layan sangat cerita-cerita macam ni. Kebetulan semasa aku tertengok sekali (maklumlah, TV ada satu je...) aku terfikir yang sinetron ni ada unsur-unsur Islamik. Watak-watak dalam cerita tu digambarkan rajin bersolat dan sentiasa memberi salam apabila bertemu. Bagus tu... mesej yang baik (susah nak tengok cerita Melayu bergenre sama buat macam tu).
Yang tak baiknya...Watak-watak dalam cerita ni digambarkan seorang yang taat beribadah tapi dalam masa sama berpakaian seksi, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan serta berpelukan. Apa ni? Aku rasa sinetron ni lain macam pulak. Seolah-olah pengarah nak selitkan unsur sekularisme dan liberalisme. Aku harap penonton Malaysia bijak... jangan terpengaruh dengan budaya hidup macam tu.

Sunday, December 19, 2010
Video Asma'ul Husna ESQ Cacat?
Hati-hati jika ada menyimpan video Asma'ul Husna ESQ versi seperti yang di bawah (Klip 1). Jika ada memiliki klip video seperti itu silalah cari 'Ya Ahad' yakni yang membawa makna Yang Esa. Dah banyak kali aku dan bini aku mengulang tonton/dengar tapi tak jumpa-jumpa perkataan 'Ya Ahad'. Kalau anda jumpa memang anda teliti. Kalau tak jumpa seperti aku, eloklah jangan disimpan video klip tu. Mungkin ada agenda pihak tertentu yang sengaja 'mencicirkan' perkataan Yang Esa. Ingat surah Al-Ikhlas?
Klip 1
Sebagai alternatifnya, anda boleh la gunakan klip video Asma'ul Husna ESQ versi lain seperti di bawah (Klip 2). Klip video ni lebih sempurna daripada klip 1 tadi.
Klip 2

Thursday, December 16, 2010
Hentikan Berfesyen Lucah
Persoalan yang sering bermain dalam kepala aku bila melihat wanita Melayu Islam yang mamakai 'legging' ialah, adakah diorang ni tahu bagaimana cara berpakaian menutup aurat mengikut syariat? Adakah mak bapak atau suami diorang tak tegur cara berpakaian anak dan isteri diorang? Adakah mak bapak atau suami diorang memang jahil macam anak isteri diorang ? Atau, adakah mereka (perempuan bertudung dan memakai legging) ni nak berfesyen dan nak seksi tapi rambut diorang macam sarang tebuan jadi terpaksa la pakai tudung.
Aku rasa kebanyakan wanita Melayu sekarang mengalami masalah identiti muslimah. Aku bukan minta diorang pakai burqa atau tudung labuh macam ustazah (lagi bagus sebenarnya) tetapi cukuplah dengan memakai pakaian yang dapat mengelakkan para lelaki menikmati bentuk bontot dan kaki mereka tu.
Aku rasa pihak berkuasa seperti JAKIM, jabatan agama Islam dan NGO Islam kena la mainkan peranan mereka. Lebih elok kalau kita dapat buat macam di Iran dan Acheh. Tubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan menangkap mereka dan beri nasihat supaya tidak berpakaian macam tu lagi.
Bagi yang bergelar suami dan bapak pula, adakah korang suka kalau ada lelaki lain yang berkhayal tentang isteri dan anak korang? Tak rela aku...

Tuesday, December 14, 2010
Hakim Syariah Bersekedudukan 2
Berita hari ni mengatakan bahawa Hakim yang ditangkap bersama pasangannya kerana disyaki bersekedudukan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dilepaskan dengan bon mahkamah RM3000 setiap seorang. Mahkamah Rendah Syriah menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes tersebut. Menurut berita itu lagi, pasangan tersebut dikatakan telah berkahwin di luar negara.
Moga-moga mereka (Hakim Syarie dan pasangannya) memang telah berkahwin di luar negara. Bukti seperti surat pernikahan mereka amatlah penting untuk membuktikan mereka telah berkahwin. Ianya akan dapat membersihkan nama mereka daripada fitnah bersekedudukan. Saya amatlah berharap mereka dapat membersihkan nama mereka serta institusi kehakiman syariah di Malaysia.
-----------------------------------------------------------------------------------
Bicara Hakim Syarie khalwat 31 Januari
PULAU PINANG 13 Dis. – Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan pasangannya yang sebelum ini ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) kerana disyaki bersekedudukan, dilepaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini dengan bon mahkamah RM3,000 setiap seorang.
Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan jumlah tersebut selepas pihaknya dimaklumkan oleh peguam Ahmad Munawir Abd. Aziz yang mewakili pasangan terbabit bahawa anak guamnya sudah berkahwin di luar negara.
Pada prosiding di mahkamah hari ini, peguam itu turut mengemukakan surat pengesahan pernikahan pasangan terbabit.
‘‘Justeru itu, pihak pembelaan memohon siasatan semula dilakukan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil terhadap suspek sama ada mereka didakwa ataupun sebaliknya atas tuduhan berkenaan,’’ kata Ahmad Munawir.
Nik Bukhari menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes tersebut bagi membolehkan tindakan susulan dibuat oleh pihak pendakwaan terhadap suspek yang berusia 40-an dan 30-an.
Terdahulu, kedua-dua suspek hadir ke mahkamah pada pukul 10 pagi diiringi peguam mereka, Ahmad Munawir yang turut dibantu oleh Wan Faridulhadi Md. Yusof.
Kes tersebut kemudiannya didaftarkan oleh Bahagian Pendakwaan JAIPP.
Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mendaftarkan kes itu mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat.
Bagaimanapun pertuduhan berkenaan tidak dibacakan terhadap pasangan itu setelah pihak pembelaan mengemukakan representasi kepada Ketua Pendakwaan Syarie Pulau Pinang supaya kes tersebut disemak semula.
Sumber: Utusan Online

Thursday, December 9, 2010
Hakim Syariah Bersekedudukan
Bila baca je tajuk kat atas dalam Harian Metro aku tersenyum dan dalam masa sama rasa kesal di hati. Yang kena tangkap tu bukan calang-calang orang, Hakim Syarie! Yang aku senyum tu sebab rasa lucu la pulak orang hebat dalam hukum hakam agama boleh buat maksiat. Jarang-jarang boleh dapat berita sorang hakim syarie yang tau hukuman Allah boleh kena tangkap khalwat.
Rasa kesal pun ada. Sebabnya, sorang manusia yang tahu undang-undang Islam dan azab Allah lebih daripada muda-mudi kat luar sana boleh terlibat dalam perkara macam ni. Perlu diingat, hakim ni bukan orang muda. Rasa kesal bertambah lagi bila mengenangkan orang yang dihormati oleh masyarakat dan diberi amanah menegakkan undang-undang jadi macam tu. Perbuatan dia seperti 'setitik nila rosak susu sebelanga', semua hakim syarie dan ustaz-ustaz seluruh negara akan rasa malu. Masyarakat mungkin akan hilang hormat kepada golongan ni.
Tok Hakim tu jugak tak menunjukkan rasa kesal dan salah atas perbuatan dia. Siap warning kat pegawai penyiasat supaya tutup kes sebab dia kata ada kawan-kawan yang berpengaruh. Hello Encik Hakim... dah lupa ke dengan janji Allah?
Benarlah... dunia dah akhir zaman. Sama-samalah kita beristifar memohon keampunan Allah.
------------------------------------------------------------------------------------
Hakim syariah bersekedudukan
Oleh Idris Musa
KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.
Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.
“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.
“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.
Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.
Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.
Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.
Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.
“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.
-Harian Metro-
(09 Dis 2010)

Subscribe to:
Posts (Atom)