Aku tak tau apa yang best sangat dengan sinetron Cinta Dan Anugerah ni. Apa yang aku tau cerita ni berasal dari Indonesia dan seorang artis Malaysia bernama Ashraf Sinclair ada berlakon. Isteri aku suka sangat la tengok cerita ni. Kadang-kadang aku pun terjoin jugak la tengok... tapi dlm 5 hingga 10 minit je. Cerita dia tak ada apa yang istimewa, kisah cinta bersegi-segi dan dengki nak rampas kesenangan hidup orang lain. Tema macam ni memang dah streotaip dengan sinetron Indonesia.
Apa yang aku nak komen pasal cerita ni bukanlah pasal cerita ni best atau apa ending dia. Aku tak layan sangat cerita-cerita macam ni. Kebetulan semasa aku tertengok sekali (maklumlah, TV ada satu je...) aku terfikir yang sinetron ni ada unsur-unsur Islamik. Watak-watak dalam cerita tu digambarkan rajin bersolat dan sentiasa memberi salam apabila bertemu. Bagus tu... mesej yang baik (susah nak tengok cerita Melayu bergenre sama buat macam tu).
Yang tak baiknya...Watak-watak dalam cerita ni digambarkan seorang yang taat beribadah tapi dalam masa sama berpakaian seksi, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan serta berpelukan. Apa ni? Aku rasa sinetron ni lain macam pulak. Seolah-olah pengarah nak selitkan unsur sekularisme dan liberalisme. Aku harap penonton Malaysia bijak... jangan terpengaruh dengan budaya hidup macam tu.
tgk blh, jgn ikut, jgn tpengaruh dah la..
ReplyDelete