Monday, January 3, 2011

Harimau Malaya

Aku rasa tidak terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya membawa pulang Piala AFF baru-baru ni. Ianya satu kebanggaan kepada seluruh warga Malaysia atas kejayaan tersebut. Tambah lagi ia membuatkan penyokong Indonesia gigit jari dan putih mata (padan muka) kerana 'eksyen' sangat.

Apa yang aku nak komen kali ni ialah tentang terdengarnya suara-suara beberapa pihak yang minta nama skuad Harimau Malaya ditukarkan kepada Harimau Malaysia atas alasan 1Malaysia. Rasa geli hati la pulak bila fikirkan tuntutan tu. Mereka tak kaji dulu ke mengapa skuad kebangsaan digelar Harimau Malaya? Jangan ikut sedap hati, sesaja nak tukar-tukar nama...

Untuk makluman, nama Harimau Malaya diambil sempena nama subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia yang lebih dikenali dengan nama popularnya Harimau Belang (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis). Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004 (rujuk Wikipedia).

Jadi, kalau mahu ditukarkan nama skuad Harimau Malaya, kita juga perlulah menukarkan nama Harimau Malaya yang kat dalam hutan tu dengan nama Harimau Malaysia. Kalau nak lebih sedap, elok je ditukarkan kepada Harimau 1Malaysia... baru ada nilai komersial.

No comments:

Post a Comment