Wednesday, January 26, 2011

Salah Siapa?

Rupanya ada dua musim mengawan anak luar nikah di negara kita. Tarikh mengawan ni berlaku pada 1 Januari dan juga 31 Ogos pada tiap-tiap tahun. Sebabnya pada bulan Mei dan September kes kelahiran anak luar nikah melonjak pada tiap-tiap tahun. Kenyataan ni bukan sesaja direka tetapi berdasarkan fakta oleh Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu. Walaupun kes ni dikatakan berlaku di Terengganu tapi bagi aku ianya sama sahaja di seluruh negara.

Soalnya siapa yang kita nak tuding jari mengenai hal ni? Kerajaan... mak bapak atau pelakunya? Rasanya ramai akan berdebat tentang sapa yang patut dipersalahkan. Tapi bagi aku, yang patut pikul tanggungjawab ni ialah pihak kerajaan. Sebab apa? Sebabnya kebanyakan mak bapak zaman sekarang ni sama je dengan anak-anak mereka.

Kalau kita perhatikan, kebanyakan hari-hari besar seperti Tahun Baru dan Hari Kebangsaan selalunya diadakan acara menunggu detik jam 12 dan diiringi konsert lewat malam. Kerajaan sepatutnya mengubah acara ni pada waktu siang saja. Hapuskan acara konsert yang mengiringi sambutan ni. Apa yang aku perhatikan sekarang ni makin banyak acara konsert. Dalam TV, dalam stadium dan jugak kat padang utama seluruh negara. Negeri Kelantan pun dah mula  terima konsert jugak.

Bukan aku tak tau... konsert yang diadakan di seluruh negara kita ni sebenarnya adalah agenda kerajaan. Mereka adakan konsert saban tahun sebabnya nak hilangkan stres rakyat dengan isu-isu semasa. Bagi yang belajar tentang kenegaraan memang tahu hal ni. Rakyat akan seronok berhibur sehingga lupakan masalah-masalah yang dihadapi. Tapi kesannya... cukup berbahaya. Rakyat makin hanyut hingga 'menghanyutkan bayi-bayi ke sungai seluruh negara'.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.

“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Sumber: MyMetro (26/01/2011)

1 comment:

  1. haha mmg lawak!!!dah musim tengkujuh tu xleh nak ke laut maka terpaksalah menghabiskan masa ngan bini di rumah!!!

    ReplyDelete