Sebolehnya aku berusaha untuk mengelakkan diri daripada mengupas isu politik semasa. Namun isu novel Interlok yang hangat hingga dibakar di Klang semalam telah memaksa jugak aku mengulasnya di sini. Sebagai seorang warganegara yang patriotik aku amat menyokong novel tersebut dikekalkan sebagai teks subjek Kesusasteraan Bahasa Malaysia Tingkatan 5 tahun ini. Jika boleh, ia wajar dijadikan sebagai teks kursus Kenegaraan di IPTA seluruh negara.
Sebenarnya aku dah pun membaca novel Interlok ni pada dua tahun lepas dan didapati amat baik untuk memupuk perpaduan rakyat negara kita. Isu Interlok yang dikatakan menghina kaum India tak timbul kerana penulis juga menggambarkan kaum Melayu sebagi 'orang utan' daripada kaca mata kaum lain dalam novel tersebut. Kenapa ia tidak dijadikan isu menghina kaum Melayu?
Pada aku, ada agenda lain di sebalik isu ini. Aku yakin, sesiapa yang membaca novel ini pasti akan menjadi lebih patriotik setelah habis membacanya. Nasihat aku kepada golongan pendesak, sila baca novel ini sampai habis. Untuk politiking pula... aku sudah muak dengan kamu semua!
No comments:
Post a Comment