Sunday, June 19, 2011

Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Gerhana bulan adalah salah satu bukti kekuasaan Allah. Mari sama-sama saksikan...

Sunday, May 1, 2011

Bukit Charas dan Sungai Kuantan

Kebelakangan ni Kuantan kerap disebut-sebut dalam akhbar dan jugak televisyen. Isu kilang tanah jarang yang akan dibuka syarikat dari Australia ni cukup hangat di kalangan warga Kuantan. Sebenarnya kilang tu dah lama dah mula dibina, tapi kebelakangan ni makin panas pulak. Aku tak naklah komen sangat pasal isu tu sebab aku malas nak masukan isu-isu yang berkaitan politik ni.

Apa yang aku nak kongsi pada tulisan kali ni ialah tentang dua gambar yang aku ambil dari kamera Nokia C6 aku.
 Gua Charas di Kuantan

Ni gambar yang aku ambil semasa aku balik dari dusun durian orang tua aku. Kebetulan pihak estet tengah bersihkan ladang kelapa sawit diorang maka dapat la lihat pemandangan ni dengan jelas. Sebelum ni susah sikit nak lihat Bukit Charas ni sebab dilindungi dengan pokok kelapa sawit. Gua di bukit ni cukup popular di kalangan pelancong Cina dan India sebab telah dijadikan tempat ibadat penganut agama Buddha.  Mengikut cerita mak aku, di bukit ni terdapat banyak gua. Terdapat pelbagai bentuk batu-batu yang unik dalam gua ni antaranya batu yang berbentuk gajah dan orang yang sedang sujud. Aku tak berkesempatan  masuk ke Gua Charas walaupun kerap lalu-lalang depan bukit ni.

Sungai Kuantan
Gambar ni pulak aku ambil semasa bersantai bersama keluarga di Taman Esplanade (orang Kuantan panggil Benteng). Tak ada apa-apa yang menarik pasal Sungai Kuantan ni kecuali airnya yang berbau busuk serta sampah-sarap yang hanyut. Dulu, masa berumur lebih kurang umur 10 tahun, aku selalu ikut abah aku memancing di sungai ni. Banyak ikan mahal yang boleh kita dapat masa tu. Tapi sekarang dah tak banyak ikan. Tiap kali aku datang ke sini aku akan berasa sedih mengenangkan nasib sungai ni. Sungai Kuantan sekarang ni dah jadi saliran kumbahan penduduk Kuantan ke laut. Oh ya, di sungai ni ada banyak buaya tau...

Wednesday, April 6, 2011

Unik Dan Menakjubkan

Kali ni aku nak share satu perkara yang unik dan menakjubkan. Perkara ni aku dapat daripada emel yang dihantar oleh sorang rakan. Aku rasa ada baiknya kita berkongsi. Saling ingat mengingati adalah satu perkara yang baik. Semoga Allah SWT merahmati orang yang menulisnya.

DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau
mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang
panjang
berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati
lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa.....
berjaya sudah
Yahudi.... Hinggakita terfikir..... bagaimana jadinya
radio kalau tanpa
lagu?

2. ...Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex
dimana-mana..di kaca tv,
dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..
kekadang adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada
orang menonton filem
hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris
berbanding filem
U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat
murah...Adakah filem
yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh
Yahudi
laknatullah......

3. ...Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga
dikatakan tidak modern
jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi
budaya bagi mana-
mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to
date"..Dulu yang
merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari
kabaret....( aku
tengok dari filem P Ramlee )....Syabas
yahudi...berjaya lagi kamu....

4. ....Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang
bola sepak pun
perempuan main juga.. .Bila bersukan, tutup aurat
mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain
sahaja tak
sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga
...... Kalau menonton
dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk
GOL....

Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak
kata...kerana sukan..sembahyang
boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..

Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang
melalaikan.... Kalau kita
lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah
hiburan..

termasuklah majalah mangga...yang
menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang
Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke
konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk....
Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat
mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang
tidak ada kena
mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri
kereta....

dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel
beraksi...apa kena
mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan
Modess...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak
lagi.....

7...Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-
macam..sehinggakan kalau pakai
tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung
tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan
rambut lagi
teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut
diwarnakan....Bila warnakan
rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaimana nak
menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah
rambut di
warnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas
pun tak sah sebab
kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira
yang cukur bulu
kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam
Yahudi....

8. .. Food..Makanan..

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari
Barat termasukalah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam
lagi...Buah kurma yang
menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk
rumah pun setahun
sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi
kebanggaan...Bila
makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh
Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak
pergi
check...halal ke tidak? Bila makan benda haram,
masakan iman menjadi
mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai
saja macam
yahudi...tetapi berfikiran pun macam
yahudi...Nauzubillah.....Yahudi
makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah
macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH...........
oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan
kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Wednesday, March 30, 2011

Tarian Poco-Poco Haram


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
- Sumber: Kosmo! Online (30 Mac 2011)


Komen aku.
Memang patut pun tarian poco-poco ni diharamkan. Aku tak nampak faedah tarian ni yang dikatakan untuk sihatkan badan. Tambah dosa ada le... buat cara terbuka, campur laki pompuan dan berseronok-seronok. Yang peliknya, apa hal kita nak import budaya asing dalam kehidupan kita? Kalau nak sihatkan badan, banyak lagi cara yg kita boleh buat macam berkebun ke... dapat le jugak hasil sampingan selain sihat.

Tuesday, March 22, 2011

Hero Kampung


Malam Sabtu yang lalu, aku berkesempatan menonton Cerekarama di TV3 yang ceritanya bertajuk Hero Kampung. Sebenarnya aku sangat selektif kalau tengok cerita Melayu di TV apatah lagi kalau cerita Indon (langsung tak tengok). Sebabnya banyak sangat cerita yang streotaip, (cinta, dengki, kianat, sedih). Cerita-cerita macam tu bagi aku tak tengok pun takpe. Sebab aku tonton Hero Kampung malam tu kerana Zul Yahya yang berlakon. Aku memang suka tengok cerita-cerita lakonan Zul Yahya... dapat la hilangkan 'tension' bila tengok telatahnya.

Apa yang aku nak cerita kali ni bukanlah pasal sinopsis atau Zul Yahya dalam cerita tu. Sepanjang aku menonton drama tu, aku terperasan satu scene sewaktu Zul Yahya sedang bercakap dengan sorang watak perempuan rakan Su (tak tau nama pelakon tu). Ketika scene tersebut, pelakon tu memakai tshirt berleher luas sehingga mendedahkan 'lurah dendam' beliau. Walaupun 'lurah' pelakon tu terdedah tapi aku tak dapat jugak lihat benda tu sebab TV3 mengambil tindakan proaktif 'menutup' bahagian dadanya.

Di sini, aku nak ucapkan tahniah kepada pihak TV3 kerana alert dalam perkara ni. Kebelakangan ni memang ramai gadis-gadis Melayu (Islam) dah tak tau berpakaian dengan betul mengikut syariat. Sekurang-kurangnya tindakan TV3 tersebut akan menyedarkan artis-artis Melayu kita supaya tak perlulah nak dedahkan tubuh sangat sebab pihak TV akan tutup bahagian-bahagian yang terdedah tu.

Diharap pihak TV3 akan teruskan tindakan tersebut kepada semua rancangan TV yang ditayangkan. Pihak TV perlu memikirkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat khususnya dalam mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa.

Thursday, March 10, 2011

Jaga Aib Saudara Kita

Kali ni aku nak sentuh pasal budaya kongsi (share)  video, audio atau cerita dalam laman sosial terutamanya di Facebook. Boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook (termasuklah aku). Keghairahan menggunakan laman sosial tersebut menyebabkan banyak batas-batas agama dilanggar tanpa disedari (aku pun tak terkecuali...huhuhu).

Kadang-kadang kita seronok share sesuatu yang sensasi dan lucu seperti video-video berkaitan dengan kehidupan orang lain yang tanpa kita sedari video tu memberi aib kepada pelakunya. Cubalah kita renungkan dua hadis di bawah ni:

Wahai sekalian orang yang mengaku islam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari aurat saudaranya sesema muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, nescaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya. [HR. at-Tirmidzi]
 

Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya8.” [HR. Muslim]

Sunday, February 20, 2011

Tulisan Rencong, Tulisan Bangsa Melayu

Dulu aku pernah terfikir, bangsa Cina, India, Siam, Arab dan lain-lain bangsa di dunia ni ada bentuk tulisannya yang tersendiri. Namun aku tertanya, apakah bentuk tulisan orang Melayu? Kita punya bahasa sebagai alat komunikasi sehingga dikatakan sebagai bahasa yang paling unik. Tapi mana tulisannya? Adakah bangsa Melayu ni bangsa low class dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain?

Akhirnya pertanyaan aku terjawab hasil bantuan daripada rakan-rakan forum bestweh.com (al-maklumlah, aku tak pernah belajar secara mendalam tentang Bahasa Melayu dulu) . Rupanya bangsa Melayu ni ada tulisannya sendiri. Bukan Sanskrit, bukan juga tulisan Jawi... jauh sekali tulisan Rumi.


Rencong adalah tulisan asal orang-orang Melayu. Sayangnya tulisan ni dah pupus akibat dari sikap orang-orang Malayu sendiri. Kita mengambil tulisan Sanskrit, kemudian Jawi seterusnya rumi (ada lagi tulisan lain seperti Kawi dan Palava) sehingga melupakan terus bentuk tulisan warisan bangsa kita . Dan tak lama lagi, mungkin bahasa Melayu pula akan menerima nasib yang sama seperti tulisan Melayu. Sudah ada orang-orang Melayu yang malu untuk berbahasa Melayu dan mengagung-agungkan bahasa lain. Di mana identiti bangsa jika hilangnya tulisan dan bahasa?

Thursday, February 17, 2011

Ramuan Rahsia Coca-cola

Boleh dikatakan bahawa semua orang pernah minum Coke. Budak kecik yang baru umur 3 tahun pun dah mula minum Coke. Resipi Coca-cola adalah sangat rahsia. Dari sejarahnya, Ramuan Coke dicipta oleh seorang ahli farmasi yang bernama John Pemberton pada tahun 1886. Ramuan rahsia minuman ini disebut sebagai '7X'.

Dikatakan bahawa ramuan ini sangat dirahsiakan sehingga ia pernah disimpan di bilik kebal di Bank Atlanta. Tujuannya untuk mengelakkan ramuan Coke ni diketahui oleh pesaing.... ala Craby Patty dalam animasi Spongebob gitu.

Walau bagaimanapun, ramuan 7X ni telah diketahui umum. Berikut ialah antara ramuan 7X:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP 
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color
The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops
Klik sini untuk rujukan

Anda rasa nak minum Coke selepas ini? Apa agaknya kata pihak JAKIM???

Saturday, February 12, 2011

Valentine Kembali Lagi


Valentine kembali lagi... Pasangan yang sedang hangat dilamun cinta pastinya sedang merancang saat-saat romantis bagi menyambut hari istimewa tersebut. Dan yang pastinya, sembilan bulan selepas tarikh tersebut akan ada la bayi-bayi yang dijumpai hanyut di sungai, di tong sampah, di tepi jalan dan lain-lain tempat lagi.

Aku amat berharap sangat-sangat agar pihak berkuasa agama Islam memainkan peranan mencegah kemungkaran muda-mudi kita daripada terjebak dalam maksiat Hari Valentine ni. Tambahan pulak, kebetulan sambutan Maulidur Rasul sehari selepas Hari Valentine.

Rasulullah saw bersabda, "akan datang suatu zaman nanti, kamu akan melihat wanita kamu yang menderhaka, remaja kamu yang fasik, dan kamu meninggalkan jihad!". Para sahabat lantas bertanya "Ya Rasulullah, akan terjadi sedemikian?"
"Bahkan! Malah kamu akan meninggalkan kerja amar ma'ruf, nahi munkar!
"Sampai begitu ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan melihat yang ma'ruf menjadi munkar, dan munkar menjadi ma'ruf!"

"Sampai begitu sekali ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan disuruh membuat yang munkar, dan ditegah membuat yang ma'ruf!".

Tuesday, February 8, 2011

Foto Menarik

Aku nak kongsi beberapa foto menarik yang aku ambil dengan menggunakan kemera digital biasa Nikon Coolpix 8MP aku. Tak mampu nak beli kamera DSLR... huhuhu. Sungguh cantik alam ciptaanMu ya Allah.

Gambar rumput yang aku ambil depan rumah selepas hujan. 






Kalau pakai kemera DSLR rasanya boleh dapat hasil yang lebih baik.


Gambar ni aku ambil kat Pantai Rantau Abang masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni.


Tengah belajar lagi untuk ambil shot yang menarik.

Monday, February 7, 2011

Bayi Terkena Badi Mayat

Aku nak share dengan korang mengenai perkara yang kita jarang nak ambil tahu. Semoga pengajaran yang diperolehi daripada artikel ini berguna untuk kita semua.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

( Diceritakan oleh ibu bayi sendiri )

Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.

Ya Allah ! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah...katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh CikMan tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital SHah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada CiMan (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah swt. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.


nasihat saya sendiri, sebelum anda masuk ke rumah,akan ada golongan jin yang suka mengekori manusia.Untuk mengelakannya masuk ke rumah cukuplah dengan membaca :
Surah Al-Kursi,Beri Salam.
jika melihat jenazah sebelum masuk ke rumah baca Ayat 3 Kul,Surah Al-Kursi,baca Al-Fatihah.
Apabila masuk ke rumah basuh kaki!sembahyang!
jika rasa artikel ini bermanfaat sebarkan kepada orang yg anda sayangi


sumber : www.bestweh.org

Monday, January 31, 2011

Alam Meninggalkan Kita

Dulu... waktu kanak-kanak, aku kerap dapat tengok bermacam-macam jenis burung di sekitar tempat tinggal aku. Bermacam-macam spesies burung ada, antaranya Raja Udang, Serindit, Bayan, Merbah, Gembala Kerbau, Murai, Enggang (ada sesetengah orang panggil Kelengking), Sewah, Helang, Burung Hantu, Tiong Batu, Tiong Emas, Punai Siul, Punai Tanah, Puyuh Liar dan pelbagai jenis burung yang cantik yang aku tak tau namanya masa tu. Pernah sekali tu aku dapat lihat sekumpulan Keluang terbang secara berkumpulan bergerak ke satu arah sayup-sayup di angkasa.

Bapak aku pulak masa tu adalah seorang peminat burung Tekukur dan Ketitir (Merbuk). Penuh sangkar bersaiz reban ayam dengan burung Tekukur dan Merbuk dek kerana minatnya. Beliau menggunakan pukat burung untuk menangkap burung-burung tersebut. Kerana pukat burungnya itulah aku dapat lihat dan menyentuh pelbagai jenis burung lain.. Dari situlah jugak aku mengenal nama-nama burung.

Tapi sekarang, aku dah jarang-jarang dapat lihat burung-burung ni. Nak dengar kicauan mereka pun susah inikan pulak nak lihat mereka. Dulu kerap jugak aku dengar siulan burung Raja Udang, Merbah, Murai dan Tiong tapi sekarang bunyi burung Walit dan Gembala Kerbau je yang kedengaran. Ke manakah mereka pergi? Aku rindukan bunyi-bunyi burung ni. Kicauan mereka cukup menenangkan jiwa.

Bila memikirkan tentang ini, aku mula rasa kasihan kepada generasi muda terutama anak-anak aku. Mereka tak dapat merasai pengalaman seperti mana yang aku alami. Suara alam sudah tak kedengaran lagi.

Wednesday, January 26, 2011

Salah Siapa?

Rupanya ada dua musim mengawan anak luar nikah di negara kita. Tarikh mengawan ni berlaku pada 1 Januari dan juga 31 Ogos pada tiap-tiap tahun. Sebabnya pada bulan Mei dan September kes kelahiran anak luar nikah melonjak pada tiap-tiap tahun. Kenyataan ni bukan sesaja direka tetapi berdasarkan fakta oleh Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu. Walaupun kes ni dikatakan berlaku di Terengganu tapi bagi aku ianya sama sahaja di seluruh negara.

Soalnya siapa yang kita nak tuding jari mengenai hal ni? Kerajaan... mak bapak atau pelakunya? Rasanya ramai akan berdebat tentang sapa yang patut dipersalahkan. Tapi bagi aku, yang patut pikul tanggungjawab ni ialah pihak kerajaan. Sebab apa? Sebabnya kebanyakan mak bapak zaman sekarang ni sama je dengan anak-anak mereka.

Kalau kita perhatikan, kebanyakan hari-hari besar seperti Tahun Baru dan Hari Kebangsaan selalunya diadakan acara menunggu detik jam 12 dan diiringi konsert lewat malam. Kerajaan sepatutnya mengubah acara ni pada waktu siang saja. Hapuskan acara konsert yang mengiringi sambutan ni. Apa yang aku perhatikan sekarang ni makin banyak acara konsert. Dalam TV, dalam stadium dan jugak kat padang utama seluruh negara. Negeri Kelantan pun dah mula  terima konsert jugak.

Bukan aku tak tau... konsert yang diadakan di seluruh negara kita ni sebenarnya adalah agenda kerajaan. Mereka adakan konsert saban tahun sebabnya nak hilangkan stres rakyat dengan isu-isu semasa. Bagi yang belajar tentang kenegaraan memang tahu hal ni. Rakyat akan seronok berhibur sehingga lupakan masalah-masalah yang dihadapi. Tapi kesannya... cukup berbahaya. Rakyat makin hanyut hingga 'menghanyutkan bayi-bayi ke sungai seluruh negara'.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.

“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Sumber: MyMetro (26/01/2011)

Monday, January 10, 2011

Kontroversi Novel Interlok

Sebolehnya aku berusaha untuk mengelakkan diri daripada mengupas isu politik semasa. Namun isu novel Interlok yang hangat hingga dibakar di Klang semalam telah memaksa jugak aku mengulasnya di sini. Sebagai seorang warganegara yang patriotik aku amat menyokong  novel tersebut dikekalkan sebagai teks subjek Kesusasteraan Bahasa Malaysia Tingkatan 5 tahun ini. Jika boleh, ia wajar dijadikan sebagai teks kursus Kenegaraan di IPTA seluruh negara.

Sebenarnya aku dah pun membaca novel Interlok ni pada dua tahun lepas dan didapati amat baik untuk memupuk perpaduan rakyat negara kita. Isu Interlok yang dikatakan menghina kaum India tak timbul kerana penulis juga menggambarkan kaum Melayu sebagi 'orang utan' daripada kaca mata kaum lain dalam novel tersebut. Kenapa ia tidak dijadikan isu menghina kaum Melayu?


Pada aku, ada agenda lain di sebalik isu ini. Aku yakin, sesiapa yang membaca novel ini pasti akan menjadi lebih patriotik setelah habis membacanya. Nasihat aku kepada golongan pendesak, sila baca novel ini sampai habis. Untuk politiking pula... aku sudah muak dengan kamu semua!

Monday, January 3, 2011

Harimau Malaya

Aku rasa tidak terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya membawa pulang Piala AFF baru-baru ni. Ianya satu kebanggaan kepada seluruh warga Malaysia atas kejayaan tersebut. Tambah lagi ia membuatkan penyokong Indonesia gigit jari dan putih mata (padan muka) kerana 'eksyen' sangat.

Apa yang aku nak komen kali ni ialah tentang terdengarnya suara-suara beberapa pihak yang minta nama skuad Harimau Malaya ditukarkan kepada Harimau Malaysia atas alasan 1Malaysia. Rasa geli hati la pulak bila fikirkan tuntutan tu. Mereka tak kaji dulu ke mengapa skuad kebangsaan digelar Harimau Malaya? Jangan ikut sedap hati, sesaja nak tukar-tukar nama...

Untuk makluman, nama Harimau Malaya diambil sempena nama subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia yang lebih dikenali dengan nama popularnya Harimau Belang (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis). Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004 (rujuk Wikipedia).

Jadi, kalau mahu ditukarkan nama skuad Harimau Malaya, kita juga perlulah menukarkan nama Harimau Malaya yang kat dalam hutan tu dengan nama Harimau Malaysia. Kalau nak lebih sedap, elok je ditukarkan kepada Harimau 1Malaysia... baru ada nilai komersial.